Sabtu, 23 Februari 2019

Syarat MNP

Melalui MNP (Mobile Number Portability), anda boleh berpindah talian ke telco ONEXOX dengan mengekalkan nombor telefon sedia ada. Anda tak perlu risau tentang kemungkinan kenalan tidak dapat menghubungi anda kerana nombor anda kekal sama, cuma penyedia rangkaian saja bertukar.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum membuat permohonan MNP.

PELANGGAN PRABAYAR / PREPAID

1.Pastikan anda ialah pemilik akaun (nombor telefon)

2.Sila pastikan "Nama Penuh" dan "Nombor Kad Pengenalan" adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan telco asal. Hanya penama yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk permohonan MNP.

3.Akaun masih dalam keadaan aktif.

4.Tempoh sah kredit masih aktif dan boleh buat panggilan keluar. Jika kredit expired, sila topup sekurang-kurangnya RM5 untuk aktifkan semula tempoh sah.

**Baki kredit yang ada dikira lupus setelah siap proses MNP (hanya nombor sahaja dipindahkan).

5.Bila proses MNP dibuat, pengguna akan menerima SMS daripada telco asal untuk tujuan pengesahan port out. SMS perlu dibalas dengan segera sebagai persetujuan untuk bertukar kepada penyedia rangkaian yang baru, iaitu ONEXOX.

6.Proses MNP mengambil masa antara 1-5 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan dibuat (bergantung pada tempoh kelulusan daripada pihak telco asal).

7.Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke telco ONEXOX

PELANGGAN PASCA BAYAR / POSTPAID

1.Pastikan anda ialah pemilik akaun (nombor telefon)

2.Akaun anda masih dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tiada ikatan kontrak dengan penyedia rangkaian sedia ada.

3.Sila pastikan "Nama Penuh" dan "Nombor Kad Pengenalan" adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan telco asal. Hanya penama yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk permohonan MNP.

4.Jika anda mempunyai talian tambahan (subline), kesemua talian mesti dipindahkan bersama ATAU dipisahkan terlebih dahulu jika ada di antara talian tambahan tersebut tidak mahu dipindahkan.

5.Bila proses MNP dibuat, pengguna akan menerima SMS daripada telco asal untuk tujuan pengesahan port out. SMS perlu dibalas dengan segera sebagai persetujuan untuk bertukar kepada penyedia rangkaian yang baru, iaitu ONEXOX.

6.Proses MNP mengambil masa antara 1-5 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan dibuat (bergantung pada tempoh kelulusan daripada pihak telco asal).

7.Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke telco ONEXOX.

PERHATIAN : Sila patuhi syarat-syarat MNP yang telah dinyatakan bagi memudahkan pengedar membuat urusan MNP dan permohonan MNP dapat diproses tanpa sebarang isu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger