Jumaat, 3 November 2017

Proses untuk Mengaktifkan Sim Gantian (SRP)

..Proses untuk Mengaktifkan Sim Gantian (SRP).. 
..(Pelangan Perlu tahu) ..

Jika kad sim pelanggan hilang atau rosak, para pengedar boleh menggantikan kad sim pelanggan dengan kad sim baru yang dipanggil sim SRP (kad gantian).

Dengan menggunakan kad sim ini, pelanggan akan mendapat semula semua yang berkaitan dengan kad sim lama yang hilang atau rosak seperti :

1.Nombor Telefon
2.Baki Kredit
3.Tempoh Sah

Para pengedar perlu mendapatkan butiran daripada pelanggan seperti :
Nama Penuh
Nombor Kad Pengenalan
Nombor Telefon (yang ingin digantikan)
Alasan Gantian Kad (hilang/rosak dsb.)
Setelah mendapatkan butiran seperti di atas, pengedar perlu menghantar permohonan pengaktifan kad sim kepada DMT OneXOX dengan menyertakan gambar kad sim SRP yang tertera nombor siri kad tersebut dengan jelas.

Butiran pengguna dan juga kad SRP tersebut boleh dihantar kepada pihak DMT ke emel DMT@onexox.my ataupun boleh di hantar ke ONEXOX OFFICIAL DEALER GROUP di facebook.

Proses pengaktifan kebiasaannya mengambil masa 15 minit daripada tarikh maklumbalas DMT dan boleh dibuat pada waktu bekerja sahaja.

**Gantian Simkad Hilang Disini**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger