Jumaat, 27 Julai 2018

KEKAL NOMBOR LAMA TUKAR KE ONEXOX

Description

Berikut kami sediakan panduan MNP (Kekalkan Nombor Lama) ke Onexox.

Pelanggan Pasca Bayar (POST PAID) :

Pastikan pelanggan ialah pemilik akaun.


  • Langganan dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
  • Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP. Bayar bil terkini lebihkan sedikit bayaran RM3 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses MNP ambil masa 1 – 5 hari waktu bekerja.
  • Bebas kontrak – Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa seperti pakej 1 + 3, pakej 1 +5 dan sebagainya. PENTING : Pelanggan mestilah membatalkan kontrak terlebih dahulu dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP ke Onexox. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.


Pelanggan Prabayar (PREPAID) :

Pastikan pelanggan ialah pemilik nombor tersebut.


  • Sila pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  • Langganan dalam keadaan aktif. (belum terminated)
  • Pastikan langganan sedia ada mempunyai baki kredit minimum RM2 untuk caj pertukaran Telco ke Onexox.
  • Untuk MNP, semua maklumat berikut adalah perlu diberikan oleh setiap user :
  1. Nama penuh.
  2. Nombor kad pengenalan.
  3. Alamat lengkap.
  4. Nombor telefon yang ingin dikekalkan.
  5. Telco asal
  • Semasa proses pendaftaran MNP, Pengguna hendaklah membalas mesej kepada telco asal. Berikut adalah SMS yang perlu di balas oleh anda sekiranya anda ingin mengekalkan nombor lama anda ke telco ONEXOX:


SMS Balas dari Telco ASAL


  1. CELCOM – YES hantar ke 28882
  2. MAXIS – YES hantar ke 20025
  3. DIGI – Y hantar ke 27676
  4. Tune Talk / Tone Excel – Y hantar ke 2233
  5. UMobile – YES hantar ke 28138

Berminat boleh Whatsapps saya ye.
Insya'allah mana boleh saya bantu saya akan bantu.

                                                                       Register Online

Lokasi Saya di Setia Tropika,Kempas,Johor bahru



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger