Apakah perbezaan antara ONEXOX BLACK dengan Pelan Mudah Alih Konvensional yang lain?
- TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus dan akan dibawa ke hadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.
- TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.
- 24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.
Apakah Manfaat mendaftar pelan ONEXOX BLACK ini?
- Nikmati internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS ke semua rangkaian.
- Data, Minit Panggilan dan SMS boleh dipindah milik.
- Baki kuota Data, Minit Panggilan dan SMS yang tidak digunakan automatik dibawa ke hadapan (Carry Forward) setiap bulan.
- Pakej yang pelbagai dengan komitmen bulanan yang sangat minima, serendah RM10 sahaja!
- Boleh buat penukaran pakej yang dilanggan kepada pakej Black yang lain.
- Pembayaran bil yang sangat mudah - Melalui tambah nilai (topup), online banking (selfcare), pembayaran melalui pengedar sah ONEXOX, atau secara auto debit (hubungi 12273 untuk proses pendaftaran dan pengesahan).
Apakah Pelan ONEXOX BLACK yang boleh dipilih untuk melanggan? Adakah perlu buat sebarang pembayaran?
Untuk pendaftaran pelan ONEXOX BLACK, pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada dan pelanggan Black baharu perlu membuat bayaran pendahuluan (advance payment) mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih. Pelan didatangkan bersama Data, Minit Panggilan dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan.
Sila rujuk jadual :
Cukai Perkhidmatan (SST) 6% tidak dikenakan ke atas pendaftaran ONEXOX BLACK.
Tetapi hanya dikenakan untuk item atau perkhidmatan yang disediakan oleh ONEXOX seperti Caj Bulanan, penggunaan Panggilan dan SMS (Domestik / Antarabangsa / Perayauan), Data Tambahan, Pembelian Season Pass & Happy Hour, serta Value Added Services (VAS).
Namun, cukai perkhidmatan tersebut akan dikembalikan dalam bentuk Minit (panggilan suara ke semua rangkaian) dan dikreditkan ke akaun BLACK anda mengikut jumlah bil. Anda akan mendapat SATU (1) minit untuk setiap RM0.15 cukai perkhidmatan yang dikenakan dalam bil anda.
Bolehkah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?
Boleh! Dengan cara COBP (Change of Business Plan)
Saya seorang pelanggan ONEXOX Prepaid dan mempunyai kredit RM100 dalam akaun prepaid saya. Adakah kredit saya akan 'burn' sebaik sahaja saya naik taraf ke pelan ONEXOX BLACK?
Apabila pelanggan ONEXOX Prepaid menaik taraf ke pelan ONEXOX BLACK, baki kredit prepaid mereka akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK dan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK.
Berapa banyakkah data yang akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK setelah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada berjaya menukar pelan?
Maksimum 100GB.
Sebagai contoh, jika pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada mempunyai 200GB di dalam kaunter SEASON PASS dan mereka menaik taraf ke ONEXOX BLACK, mereka hanya akan mempunyai 100GB dalam akaun ONEXOX BLACK.
Data yang boleh dibawa dan dikumpulkan di bulan hadapan (carry forward) juga maksimum 100GB.
Bolehkah saya membayar lebih daripada pra-pembayaran 'diperlukan' apabila saya melanggan pelan ONEXOX BLACK?
Pelanggan ONEXOX BLACK boleh membuat pra-pembayaran tambahan lebih daripada harga pelan ONEXOX BLACK yang ingin dilanggan. Ia akan dibawa ke hadapan dan ditunjukkan dalam penyata BLACK mereka yang seterusnya.
Sebagai contoh, sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK yang melanggan B39 dan membuat pra-pembayaran sebanyak RM49, RM10 tambahan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK mereka yang seterusnya selagi mereka tidak menggunakan RM10 pada bulan semasa.
Jika saya melanggan pelan B39 dan membuat pra-pembayaran terus selama 12 bulan (RM468), adakah saya akan menerima Data, Minit Panggilan dan SMS pelan ONEXOX BLACK yang saya pilih dalam satu masa? Kuota data, minit panggilan dan SMS akan diberikan secara bulanan untuk semua pelan ONEXOX BLACK apabila kitaran pembaharuan bulanan berlaku.
Contohnya, jika pelanggan ONEXOX BLACK melanggan B39 pada 1 Ogos 2018 dan membuat pra-pembayaran sebanyak RM468 (untuk 12 bulan), pelanggan tidak akan menerima kuota penuh (96GB, 600 minit, 600 SMS) secara sekaligus. Tetapi akan menerima kuota bulanan yang telah ditetapkan pada setiap 1 haribulan (mengikut tarikh mula melanggan).
Bolehkah pengguna ONEXOX BLACK membeli pakej Season Pass dan promosi Happy Hour?
Pelanggan ONEXOX BLACK boleh membeli pakej Season Pass dan promo Happy Hour kami sekiranya mereka memerlukan data/minit tambahan, dengan syarat mereka mempunyai pra-pembayaran atau baki kredit yang mencukupi dalam akaun ONEXOX BLACK mereka.
Jumlah data dalam akaun ONEXOX BLACK pula tidak boleh melebihi 100GB selepas pembelian.
Adakah saya perlu mengaktifkan data secara manual sebaik sahaja saya membeli sebarang pakej Season Pass, promo Happy Hour, atau Add On?
Tak perlu! Sebaik sahaja anda membeli mana-mana pakej Pass Season, promo Happy Hour atau Add On, data akan disimpan dalam akaun ONEXOX BLACK dan aktif secara automatik. Jadi, tidak perlu mengaktifkan data secara manual dari kaunter Season Pass.
Adakah terdapat Penyata Bulanan dalam bentuk Salinan Digital atau bercetak kepada pelanggan ONEXOX BLACK?
- Penyata bulanan salinan digital akan dihantar ke email yang telah didaftarkan tanpa sebarang bayaran.
- Penyata bulanan bercetak juga boleh diminta dengan kadar RM5 setiap bulan. Sila pastikan alamat surat menyurat yang diberikan adalah tepat.
Bilakah pelanggan ONEXOX BLACK akan menerima penyata BLACK sekiranya mendaftar pada 26 Januari 2018?
Pelanggan akan menerima e-Penyata atau penyata bercetak (jika diminta) pada 26 Februari 2018.
# Pendaftaran pada 29, 30 & 31 haribulan akan menerima penyata pada 1 haribulan bulan seterusnya. Contoh: Daftar pada 29 Mac 2018, penyata akan diterima pada 1 Mei 2018. #
Tiada ulasan:
Catat Ulasan