Jumaat, 27 Julai 2018

KEKAL NOMBOR LAMA TUKAR KE ONEXOX

Description

Berikut kami sediakan panduan MNP (Kekalkan Nombor Lama) ke Onexox.

Pelanggan Pasca Bayar (POST PAID) :

Pastikan pelanggan ialah pemilik akaun.


  • Langganan dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
  • Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP. Bayar bil terkini lebihkan sedikit bayaran RM3 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses MNP ambil masa 1 – 5 hari waktu bekerja.
  • Bebas kontrak – Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa seperti pakej 1 + 3, pakej 1 +5 dan sebagainya. PENTING : Pelanggan mestilah membatalkan kontrak terlebih dahulu dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP ke Onexox. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.


Pelanggan Prabayar (PREPAID) :

Pastikan pelanggan ialah pemilik nombor tersebut.


  • Sila pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  • Langganan dalam keadaan aktif. (belum terminated)
  • Pastikan langganan sedia ada mempunyai baki kredit minimum RM2 untuk caj pertukaran Telco ke Onexox.
  • Untuk MNP, semua maklumat berikut adalah perlu diberikan oleh setiap user :
  1. Nama penuh.
  2. Nombor kad pengenalan.
  3. Alamat lengkap.
  4. Nombor telefon yang ingin dikekalkan.
  5. Telco asal
  • Semasa proses pendaftaran MNP, Pengguna hendaklah membalas mesej kepada telco asal. Berikut adalah SMS yang perlu di balas oleh anda sekiranya anda ingin mengekalkan nombor lama anda ke telco ONEXOX:


SMS Balas dari Telco ASAL


  1. CELCOM – YES hantar ke 28882
  2. MAXIS – YES hantar ke 20025
  3. DIGI – Y hantar ke 27676
  4. Tune Talk / Tone Excel – Y hantar ke 2233
  5. UMobile – YES hantar ke 28138

Berminat boleh Whatsapps saya ye.
Insya'allah mana boleh saya bantu saya akan bantu.

                                                                       Register Online

Lokasi Saya di Setia Tropika,Kempas,Johor bahru



Membeli Simkad Onexox Dengan Mudah Disini? Bagai mana caranya?









Ingin membeli SIMKAD ONEXOX tapi tak tau dimana?

Anda boleh beli disini, Insya'allah anda boleh memilih nombor terbaik yang anda suka.

Caranya :

Starter Pack (Nombor Baru)
  • Boleh pilih nombor baru.
  • Tempoh sah kredit 28 bulan.(*)
  • 1800 SMS Percuma
  • Kadar pangilan serendah 5 sen & SMS 2 sen

http://xox.com.my/onlinestore/purchase.php?Dlr=dysd18027
* Tertakluk pada terma & syarat

New Plan Onexox Black

NEW PLAN ONEXOX BLACK

Untuk Keterangan lanjut Boleh Whatsapp saya ye

Insyaallah saya akan balas secepat mungkin




Apa itu Onexox Black?


1) Apakah itu ONEXOX BLACK?
ONEXOX BLACK bukanlah POSTPAID mahupun PREPAID! Bukan sebuah pelan mudah alih yang biasa terdapat, malah membentuk sebuah kategori yang baharu sebagai pelan mudah alih didalam industri telekomunikasi. Alangkah baiknya jika kesemua data, minit dan SMS yang masih belum digunakan tidak terhapus? Jangan lihat ke mana-mana lagi kerana dengan ONEXOX BLACK, semua yang di dalam akaun BLACK akan dibawa kehadapan selamanya! #TIADAPEMBAZIRAN! Juga bermaksud anda boleh terus bebas melayari internet daripada mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang dipilih TANPA perlu membuat langkah tambahan seperti untuk mengaktifkan data daripada akaun Season Pass.

2) Apakah perbezaan di antara ONEXOX BLACK dengan pelan mudah alih konvensional yang lain?

TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua data, minit dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus dan akan dibawa kehadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.

TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.

24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.

3) Bolehkah pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada menaik taraf ke pelan BLACK?
Boleh. Sila rujuk pada soalan no.4

4) Apakah cara bagi PELANGGAN BAHARU dan PELANGGAN SEDIA ADA untuk melanggan ONEXOX BLACK? 

PELANGGAN BAHARU:
▪ Dapatkan daripada pengedar sah ONEXOX BLACK berhampiran anda atau
▪ Dapatkan secara online melalui www.xox.com.my atau
▪ Dapatkan daripada pusat-pusat perkhidmatan ONEXOX atau
▪ Hubungi 1300 888 010


PELANGGAN SEDIA ADA (tukar pelan/COBP):
▪ Dapatkan daripada pengedar sah ONEXOX BLACK berhampiran anda atau
▪ Dengan melayari Self Care atau
▪ Hubungi 12273

5) Apa yang berlaku kepada 36GB PERCUMA (30GB+6GB) ke atas pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?
Pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada yang telah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK tidak lagi menikmati 36GB PERCUMA (30GB+6GB).

6) Ketika pendaftaran pelan ONEXOX BLACK dibuat, pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada dan pelanggan baharu perlu membuat bayaran pendahuluan mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih. Pelan didatangkan bersama data, minit dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan. Sila rujuk jadual diatas.




7) Bilakah pelanggan ONEXOX BLACK akan menerima penyata BLACK sekiranya mendaftar pada 15 Januari 2018?
Pelanggan akan menerima e-penyata atau penyata bercetak (jika diminta) pada 15 Februari 2018.

8) Apa yang berlaku kepada item-item di dalam kaunter Season Pass pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?

Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK
▪ Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
▪ Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
▪ SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
▪ ‘Loyalty Point’ Kredit yang belum digunakan

Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK
▪ Tempoh sah
▪ SMS Percuma
▪ Data yang telah diaktifkan

9) Berapa banyakkah data yang akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK setelah pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada berjaya menaiktaraf?
Maksimum 100GB

• Contoh, sekiranya pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada mempunyai 200GB di dalam kaunter SEASON PASS, hanya 100GB sahaja yang akan dipindahkan ke dalam akaun ONEXOX BLACK.

10) Berapa banyakkah data yang boleh dibawa dan dikumpulkan dibulan hadapan oleh pelanggan ONEXOX BLACK?
Maksimum 100GB

11) Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK telah menggunakan kesemua data, minit dan SMS di dalam akaun ONEXOX BLACKnya?
▪ Untuk minit, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat (7 sen untuk 30 saat pertama dan 8 sen untuk 30 saat kedua) dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya. Dengan syarat yang sama, pelanggan ONEXOX BLACK juga boleh memilih untuk membeli promosi ‘Happy Hour’ (333 minit @ RM30) atau pakej minit Season Pass (999 minit @ RM90) atau pakej kombo Season Pass (10GB + 333 minit @ RM80 dan 20GB + 333 minit @ RM130).

▪ Untuk SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.

▪ Untuk data, tiada kadar ‘pay per use’ dikenakan. Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi ‘Happy Hour’ atau mana-mana pakej Season Pass dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya dan jumlah GB di dalam akaunnya tidak melebihi 100GB setelah pembelian dibuat. Data yang dibeli akan tersimpan di dalam akaun ONEXOX BLACK dan pelanggan boleh terus menikmati internet tanpa perlu mengaktifkan langganan data terlebih dahulu.

12) Adakah terdapat penyata bulanan dalam bentuk salinan digital atau bercetak kepada pelanggan ONEXOX BLACK? 
▪ Penyata bulanan salinan digital akan dihantar ke email yang telah didaftarkan tanpa bayaran.
▪ Penyata bulanan bercetak juga boleh diminta dengan kadar RM5 setiap bulan. Sila pastikan alamat surat menyurat yang diberikan adalah tepat.

13) Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan dengan mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain?
Ya. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di talian 12273. Pelanggan mesti juga memastikan akaunnya tidak mempunyai apa-apa amaun yang tertunggak.

14) Bagaimana caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK membuat pembayaran?
• Pembayaran Online
▪  Self Care
• Berkunjung ke mana-mana pusat perkhidmatan ONEXOX
• Pembayaran debit terus : Hubungi 12273 atau berkunjung ke mana-mana pusat perkhidmatan ONEXOX :
▪ Pendaftaran memerlukan dokumen seperti ;
▪ Salinan Kad Pengenalan / Passport
▪ Borang Kebenaran (terdapat di pusat perkhidmatan ONEXOX)

• 
Pembelian baucar tambah nilai di :









15) Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menggunakan data, minit dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sewaktu akaunnya digantung atau disekat?
Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang data, minit dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.
      ▪ Digantung : Hanya boleh menerima panggilan dan SMS
      ▪ Disekat: Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.

16) Menukar semula ke pelan prabayar ONEXOX pada bila-bila masa.

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh menukar semula ke pelan prabayar ONEXOX dengan nombor yang sama.
      
▪ Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS dan ‘loyalty point’) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX
        
BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun prabayar ONEXOX.
     
 ▪ Pelanggan mesti memastikan tiada sebarang amaun yang tertunggak sebelum memohon penukaran semula ke pelan prabayar ONEXOX.

Onexox Black Easy Menu *150#

Assalamulaikum & Salam Sejahtera.
Sukacita diwar-warkan bahawa akses Easy Menu *150# untuk Onexox Black telah diaktifkan untuk semua pengguna Black.
Oleh yang demikian, pengguna dan pengedar Black boleh membuat semakan baki, tambah data, info Happy Hour dan macam-macam lagi.
Sebarang maklum balas sila hubungi 12273 untuk semakan. Terima kasih. #onexox #otwao


Powered By Blogger