Description
Berikut kami sediakan panduan MNP (Kekalkan Nombor Lama) ke Onexox.
Pelanggan Pasca Bayar (POST PAID) :
Pastikan pelanggan ialah pemilik akaun.
Pelanggan Prabayar (PREPAID) :
Pastikan pelanggan ialah pemilik nombor tersebut.
SMS Balas dari Telco ASAL
Berikut kami sediakan panduan MNP (Kekalkan Nombor Lama) ke Onexox.
Pelanggan Pasca Bayar (POST PAID) :
Pastikan pelanggan ialah pemilik akaun.
- Langganan dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
- Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP. Bayar bil terkini lebihkan sedikit bayaran RM3 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses MNP ambil masa 1 – 5 hari waktu bekerja.
- Bebas kontrak – Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa seperti pakej 1 + 3, pakej 1 +5 dan sebagainya. PENTING : Pelanggan mestilah membatalkan kontrak terlebih dahulu dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP ke Onexox. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.
Pelanggan Prabayar (PREPAID) :
Pastikan pelanggan ialah pemilik nombor tersebut.
- Sila pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
- Langganan dalam keadaan aktif. (belum terminated)
- Pastikan langganan sedia ada mempunyai baki kredit minimum RM2 untuk caj pertukaran Telco ke Onexox.
- Untuk MNP, semua maklumat berikut adalah perlu diberikan oleh setiap user :
- Nama penuh.
- Nombor kad pengenalan.
- Alamat lengkap.
- Nombor telefon yang ingin dikekalkan.
- Telco asal
- Semasa proses pendaftaran MNP, Pengguna hendaklah membalas mesej kepada telco asal. Berikut adalah SMS yang perlu di balas oleh anda sekiranya anda ingin mengekalkan nombor lama anda ke telco ONEXOX:
SMS Balas dari Telco ASAL
- CELCOM – YES hantar ke 28882
- MAXIS – YES hantar ke 20025
- DIGI – Y hantar ke 27676
- Tune Talk / Tone Excel – Y hantar ke 2233
- UMobile – YES hantar ke 28138
Berminat boleh Whatsapps saya ye.
Insya'allah mana boleh saya bantu saya akan bantu.
Lokasi Saya di Setia Tropika,Kempas,Johor bahru